Monday, April 27, 2009

Maksud Logo dan Bendera KRS



♥ Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
♥ Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
♥ Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan
rasional dalam semua tindakan.
♥ Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
♥ Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
♥ Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
♥Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
♥ Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

♥ Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

♥ Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

♥ Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan
intelektual dan disiplin diri

No comments:

Post a Comment